Jadikan nie sebagai guideline you all untuk melakukan perubahan diri .
Rule No.1
Transformasi diri wajar dilakukan untuk kesan yang lebih positif dan elakkan kes sekadar ikut-ikutan kerana dendam tanpa haluan boleh memudaratkan diri sendiri .
Rule No.2
Simpan sahaja niat yang jelas untuk tampil lebih hebat dengan cara yang lebih ikhlas dan jujur kerana niat yang murni itu datang dalam diri .
Rule No.3
Rupa baru , imej baru , tahun baru bukan satu sebab untuk you all menjauhkan diri dan bertukar kawan yang baru .
Rule No.4
Jadilah diri sendiri . Yang berbeza cuma tujuan dan hala tuju diri ke arah yang lebih sempurna dan lebih hebat .
Rule No.5
Ingat ! Cemburu tu wajar tapi biarlah berpada-pada . Memotivasikan diri-sendiri adalah satu tindakakn yang positif untuk menjauhkan diri daripada dendam dan hasad dengki .